Sunday, June 2, 2013

NZ - Misi Membawa Diri

talking to myself: Demi kecintaanku kpd alam sekitar yg tengah membuak2 n aktiviti lasak yg xdapek kubuat kat meleisia ni so i decided to join a trip to NZ. Hopefully everything i hv planned will come true insyaallah. Ya Allah bantu aku. Aku rindu NZ.



ITINERARI.

HARI 1 . FLIGHT KE NZ

Penerbangan ke Christchurch New Zealand. 


HARI 2. CHRISTCHURCH ke OMARAMA

Shuttle dari airport ke depot motorhome untuk taklimat dan ambil kenderaan serta urusan paperwork. Kemudian, mula bergerak melalui & menikmati jalan cantik serta pemandangan indah dan tasik besar (Lake Tekapo dan Lake Pukaki). Tidur di campsite.

Lake Pukaki. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.
belakangnya banjaran Mount Cook.


HARI 3. OMARAMA > WANAKA > QUEENSTOWN

Pagi boleh lihat demonstrasi mengetam bulu kambing . Kemudian ke Wanaka utk ke Puzzle World Wanaka dan beli cenderahati di pekan ini. Perjalanan melalui antara jalan terindah dan berbeza muka bumi. Lewat petang ke Queenstown untuk bermalam.


HARI 4. QUEENSTOWN > TE ANAU

Free & Easy. Aktiviti di Queenstown, (bungee jump, tarian haka, cable car, jet boat, dan lain-lain). Petang bergerak ke campsite di Te Anau.



u jump i jump.. no! no! no!! trust me. i can  jump alone.



HARI 5.  TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN

Awal pagi boleh ke Milford Sound untuk naik bot terkenal untuk melihat keindahan fiord New Zealand yg terkenal seluruh dunia. Tengahari bergerak ke Dunedin melalui jalan bukit yang banyak lokasi penggambaran Lord of The Rings dan juga lapangan gandum yg amat luas. Ke Peninsula Otago untuk melihat ratusan/ribuan burung albatross dan juga penguin kecil di tepian pantai sini. Bermalam di sekitar Peninsula Otago.





HARI 6. DUNEDIN >  TIMARU

Awal pagi ke bandar Dunedin. Free & Easy. Boleh lawat kilang Cadbury’s. Bergerak ke Oamaru & Timaru sambil singgah di Moeraki Boulders (ada banyak batu bulat besar di tepian pantai), boleh main pantai dan juga tengok cara keju tradisional di buat di Oamaru. Bermalam di Timaru.


HARI 7. TIMARU > CHRISTCHURCH

Bermain dengan cheetah kurasa bertuah..
Pagi gerak ke Christchurch. Free & Easy. Boleh tengok binatang di Safari Park atau pengalaman mengembara antartika di Antartica Exhibition Centre, atau memandu kereta kebal. Pulang ke depot. InsyaAllah semua peserta mendapat pengalaman yang menarik dan pemandangan alam yang sungguh indah.


TRIP SELESAI.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...