Tuesday, July 22, 2014

korban gigi geraham bongsu

Umur aku 38 thn. Gigi bongsu ni makan masa byk tahun nak tumbuh complete..tapi tumbuh dia xstraight dgn geraham besar..lama2...gigi start sakit..sebab ruang sempit susah nak layan..menghimpit ke tulang pipi..sampai satu tahap time musim mh17  jatuh tehempas lps kne tembak di ukraine..aku layan astro awani sambil tahan sakit kat situ..lagi seminggu raya..parah kalo raya sakit gigi..pastu mesti bawak ke kepala pulak..so aku jumpa lah dentist...

Doktor kata dia xde alat nk bedah..gigi aku tepelosok kat tulang pipi..alat dia xmuat nak masuk area tu..xpe..kita xray dulu..

So aku dibawak bilik xray..aku kne pegang filem kecik dlm mulut baru dia snap..sbb bateri hpon dah off xdpt ambik gmbar. Doktor tu belek2..pikir2..saya cuba ye..ambik masa sikit..

Gigi aku ni akarnye bengkok..mcm huruf j..gigi normal akar straight mcm huruf i. So kene kepak..aku berserah je doktor nak buat ape..gigi ok lagi putih bersih..doktor kata aku gosok guna berus gigi kanak2 ke.

Aku rasa doktor cucuk bius 3 tempat..kat gusi 2  kat pipi 1.. sakit lah kene cucuk tu. Lps 15 minit  doktor cabut..byk jgk lah tool dia guna.tukar2..aku set rilek2..lepas cabut aku tengok gigi yg belumur darah tu..memang bengkok. Ada lubang besar bekas cabut. Pipi rasa kempis sangat..kebas xhilang2..4 jam baru hilang..dapat ubat tahan sakit dgn antibiotik..
Tp xblh la makan sebab puasa..lepas buka terus telah..masih sakit lagi..

Yg bestnyer aku cabut ni kat klinik kerajaan je..mula2 tu kene bayar singgit..lps bius doktor suruh byr 2ringgit pulak..dapat ubat free lagi..mmg jimat..terima kasih malaysia..xsia2 gaji aku dipotong sesuka hati utk bayar cukai..kalau kat private clinik ni mesti dah beratus..sbb mesti dia wat operation..potong gigi lah..potong gusi lah..mcm yg aku dengar org cerita dan hasil study kat blog..

Dapat juga mc..walau pun klinik xde aircond..ada kipas je aku puji sgt kat doktor yg mcm ustazah tu..dia straight to the point..aku doakan dia dberkati allah sebab buat kerja murni layan gigi org tanpa mengira kaum dan agama..

Sebelum gigi kene cabut ni aku sempat bercucuran air mata tngok tv sementara  tunggu turn..aku sedih sgt tengok cerita pasal mh 17   tu..sedih sangat..tgh nangis sedih tu aku tengok ada sorang lagi pompuan india tengah nangis jugak..ini  dugaan utk malaysia

Sunday, June 2, 2013

NZ - Misi Membawa Diri

talking to myself: Demi kecintaanku kpd alam sekitar yg tengah membuak2 n aktiviti lasak yg xdapek kubuat kat meleisia ni so i decided to join a trip to NZ. Hopefully everything i hv planned will come true insyaallah. Ya Allah bantu aku. Aku rindu NZ.



ITINERARI.

HARI 1 . FLIGHT KE NZ

Penerbangan ke Christchurch New Zealand. 


HARI 2. CHRISTCHURCH ke OMARAMA

Shuttle dari airport ke depot motorhome untuk taklimat dan ambil kenderaan serta urusan paperwork. Kemudian, mula bergerak melalui & menikmati jalan cantik serta pemandangan indah dan tasik besar (Lake Tekapo dan Lake Pukaki). Tidur di campsite.

Lake Pukaki. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.
belakangnya banjaran Mount Cook.


HARI 3. OMARAMA > WANAKA > QUEENSTOWN

Pagi boleh lihat demonstrasi mengetam bulu kambing . Kemudian ke Wanaka utk ke Puzzle World Wanaka dan beli cenderahati di pekan ini. Perjalanan melalui antara jalan terindah dan berbeza muka bumi. Lewat petang ke Queenstown untuk bermalam.


HARI 4. QUEENSTOWN > TE ANAU

Free & Easy. Aktiviti di Queenstown, (bungee jump, tarian haka, cable car, jet boat, dan lain-lain). Petang bergerak ke campsite di Te Anau.



u jump i jump.. no! no! no!! trust me. i can  jump alone.



HARI 5.  TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN

Awal pagi boleh ke Milford Sound untuk naik bot terkenal untuk melihat keindahan fiord New Zealand yg terkenal seluruh dunia. Tengahari bergerak ke Dunedin melalui jalan bukit yang banyak lokasi penggambaran Lord of The Rings dan juga lapangan gandum yg amat luas. Ke Peninsula Otago untuk melihat ratusan/ribuan burung albatross dan juga penguin kecil di tepian pantai sini. Bermalam di sekitar Peninsula Otago.





HARI 6. DUNEDIN >  TIMARU

Awal pagi ke bandar Dunedin. Free & Easy. Boleh lawat kilang Cadbury’s. Bergerak ke Oamaru & Timaru sambil singgah di Moeraki Boulders (ada banyak batu bulat besar di tepian pantai), boleh main pantai dan juga tengok cara keju tradisional di buat di Oamaru. Bermalam di Timaru.


HARI 7. TIMARU > CHRISTCHURCH

Bermain dengan cheetah kurasa bertuah..
Pagi gerak ke Christchurch. Free & Easy. Boleh tengok binatang di Safari Park atau pengalaman mengembara antartika di Antartica Exhibition Centre, atau memandu kereta kebal. Pulang ke depot. InsyaAllah semua peserta mendapat pengalaman yang menarik dan pemandangan alam yang sungguh indah.


TRIP SELESAI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...