Monday, November 19, 2012

itenery beijing 2012


Tengah mood kumpul duit shopping kat beijing.  sepatutnya tiap kali travel itenery camni aku kene save. sebab apa ini boleh bantu untuk buat karangan nanti siap dengan gambar. xde lah nanti ada gambar tapi lupa semua detail pasal tempat tu.

12 DEC   KUL-PEK    1910-0115+1
18 DEC   PEK-KUL    0230-0855am

HARI 1: LCCT-BEIJING
Berkumpul di aiport LCCT(3 jam sebelum)  sebelum berlepas ke BEIJING. Tiba di airport BEIJING  dan menaiki bus menuju ke hotel . Check in hotel.











HARI 2:          (SP/MT/MM) 
Selepas sarapan pagi,akan dibawa melawat ke Dataran Tiananmen dan juga Forbidden City atau lebih dikenali sebagai Kota Larangan. Solat zohor (jamak takdim) di Masjid Niujie yang merupakan masjid tertua yang mempunyai sejarah lebih daripada satu ribu tahun. Membeli-belah di Pasar Raya Islam yang merupakan satu-satunya di Beijing. Makan Malam di Restoran Muslim Xian Jiang dan melawat   Fresh Water Pearl Center..Selepas makan malam menonton  pertunjukan akrobatikpada waktu malam.





HARI 3:        (SP/MT/MM)
Melawat Kedai Jade dan Kristal. Hari ini adalah kemuncak lawatan ke Beijing iaitu melawat dan mendaki Tembok besar China dari dinasti Ming. Makan tengah hari di restoran tempatan Islam berhampiran Great Wall. Lawatan ke Pusat penghasilan ubatan china dan krim Bao Fu Ling atau juga dikenali sebagai Pembakaran Krim (Burning Cream). Sebelah petang boleh bermain ski di Snow WorldSila ambil perhatian bahawa harga kami termasuk bayaran masuk sahaja untuk bermain ski terdapat tambahan harga untuk menyewa peralatan ski.  RMB200/seorang ( RM 100)  tambahan yang dikenakan untuk sewa peralatan ski.

HARI 04:       (SP/MT/MM) 
Membeli-belah di Fresh Water Pearl Center. Melawat “Foot Massage” di pusat perubatan tradisional Cina.Melawat Summer Palace  (Istana Musim Panas). Selepas makan tengah hari kita akan melawat salah satu masjid yang terkenal di bandar ini, Masjid Ma Dian yang mempunyai gaya Cina yang unik dengan sejarah ratusan tahun. Menikmati minuman teh di Rumah Teh. Menikmati  Fesyen di Pusat Sutera.  Membeli-belah di Pasar Yashow. Selepas makan malam membeli belah di  Sunny Gold Street. Kemudian 
pergi untuk melawat dan membeli belah di Hard Rock Cafe (T-shirt)     














HARI 05:        (SP/MT/MM)

Lawatan ringkas ke perkampungan sukan olympic Birds Nest Staduim yang luar biasa  dan Water Cube. Lawati Panda Zoo Beijing.Membeli-belah di kedai Jewelry shop. Solat di masjid Nandouyaselepas makan tengah hari. Membeli-belah di Tianya Market.

HARI 06:       (SP/M,MM)
Selepas sarapan pagi, check out hotel, anda akan dibawa ke Pusat Membeli Belah di sekitar Bandar Beijing seperti Hongqiao Market, Tianya Market dan Yashow Market. Makan tengah hari dan Makan Malam akan disediakan direstoran tempatan.menuju  ke lapangan terbang Beijing untuk pulang Kuala Lumpur.

HARI 07:
Berlepas dari Airport Beijing jam 0150 pagi dan tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 0845 pagi 18 Dec 2012.

1 comment:

aflah said...

salam, imah ko nak pi beijing ke... bestnya,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...