Wednesday, December 5, 2012

khasiat sireh



+

gambar hiasan je. kalo byk nilah asam boi aku kan syiok

festaem seumur hidup makan daun sireh sbb nk ikut2 kawan makan. kisahnya bila semua buah yang boleh dicecah dengan serbuk asam boi dah habis.kawan makcik pulak selamba je makan sireh xde cecah apa2 dann ajak sekali makan. rasa mcm ngeri je makan begitu saje. maka helaian daun sireh itu ditabur dengan serbuk asam boi dan dilipat2 dan makan. sedar tak sedar dah makan 5 helai daun sireh saiz xl jugak. selain khasiat yg kawan makcik bgtau makcik on pon google.ni lah kasiat sireh yang automatik aku daat sbb aku dah makan.
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
insyaallah makcik akan menjadi lebih sihat dan bertenaga sebab makcik yam cleaner kat masjid tu dah tua tp sangat kuat dan sihat bekerja sebab asik la dia mengunyah sirehh dalam mulut. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...