Tuesday, July 12, 2011

Kerana Pulut Rendang Binasa


Tetiba rasa rindu nak makan pulut kuning. pagi2 buta ni konpem tak ada orang jual. kalau nasi lemak tu memang belambak kat tepi jalan. lontong pun boleh jumpa gak kalo cari betul2. nak tunggu kenduri kendara xtau bila dapat merasa pulut kuning.

 so sebagai wanita sejati yang xberapa rajin, masak je la sesimpel yang boleh demi melayan perutku dan tak melayan nasi lemak tau bihun atau kuih-kuih tepi jalan. maka tercipta lah pulut yang tak berapa kuning dengan rendang sardin yang boleh tahan. santan-santan tak main. kerana pulut rendang binasa. kerana mulut badan jadi gemok la.


rendang sardin paling senang di dunia. Rasanye tak ada orang jual.

Rendang Sardin

Bahan-bahan
1 tin sardin makerel
2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar kerisek
minyak masak sikit, air dan garam secukupnye.

Cara-cara
sediakan kuali. hidupkan api . masuk minyak masak. tumis  bawang besar, bawang putih yang da dihiris. masukkan cili sampai masak. masukkan 1 tin sardin. masukkan kerisek. tambah air sikit. garam sikit. tunggu sekejap. dah siap.. layak dipanggil rendang sebab kuahnya tu memang rasa macam rendang la walapon tak dicampur santan.


Pulut kuning xberapa kuning sebab serbuk kunyit dah nak abis.

Pulut Kuning

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut. 
sedikit serbuk kunyit
2 sudu minyak masak/margerin
air dan garam secukup.

cara-cara
basuh beras. gaulkan dengan serbuk kunyit sekali dengan garam dan minyak masak. kukus sampai masak. bukan sekelip mata. bekelip2 baru siap. boleh makan seorang dewasa dan 4 kanak2 sampai kenyang. senang je. terubat rindu di hati.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...