Monday, December 24, 2012

beijing lagi

henpon cokia ni pun sampai greatwall. 


Snow wash

bila lagi nak melaram
Gilo duk atas ais


Menjakuni


beberapa perkara kene tulis kat sini supaya tak hilang ingatan.

tarikh pergi 12-12-12- 18-12-12
duit  100yuan= RM48.50.
2 kali salji turun
bawa jacket 2, snow cap 2, kasut 1 je.

sbb kat airport je aku dah hilang ingatan bila masukkan beg yg patutnya hand carry masuk dlm laguage. sudahnya jackett xde. mcm nak mati sejuk bila sampai beijing. keluar flight xpakai jacket kene bejalan pegi naik bas, turun bas nak masuk dalam building airport tu. nak nanges sbb sejuk gile..tp pakai t shirt je. menyesal kaww.

dalam flight duduk sebelah adik hensem yang baik hati bukak jacket dia and bagi kat aku suruh pakai sbb tengok aku mcm kesejukan. bagus betul budak tu.. borak punye borak tgh tunggu spm.mmm  standard anak la ni. betuah mak ada anak baik hati dan muka comel..

makcik sempat solat magrib dan isyak di beijing. sebab lepas tu bulan datang pulak. alhamdulillah merasa solat. cume nye tak dapat rasa sejuk2 wuduk mcm org lain tu time kat masjid. sempat jua mninggalkan peta kat seat bas. cam ne boleh jadi cam gini?? sejuk xrasa ape2. wat malu saje.

bedak tak cair kat sini. nyesal tak bawak make up. jeles tgk anak dara yg pakai make up n tukar2 mafler, snow cap dgn jacket. banyak btol  koleksi dorang ni. kayo ke hape?

melihat penyayang nye seorang bapa dari melaka  menjaga anaknya yg OKU. untungnye bini dia.

kesian tengok couple yg bawak anak kecik merengek sepanjang masa 24 jam. wife pregnant pulak tu.

menyampahnya tengok perangai warga china yg penipu, tamak, muka lapar 24jam.

seriously aku akan datang beijing lagi, winter juga tapi sekali dengan anak2. bagi rasa apa yang aku rasa..



Wednesday, December 5, 2012

khasiat sireh



+

gambar hiasan je. kalo byk nilah asam boi aku kan syiok

festaem seumur hidup makan daun sireh sbb nk ikut2 kawan makan. kisahnya bila semua buah yang boleh dicecah dengan serbuk asam boi dah habis.kawan makcik pulak selamba je makan sireh xde cecah apa2 dann ajak sekali makan. rasa mcm ngeri je makan begitu saje. maka helaian daun sireh itu ditabur dengan serbuk asam boi dan dilipat2 dan makan. sedar tak sedar dah makan 5 helai daun sireh saiz xl jugak. selain khasiat yg kawan makcik bgtau makcik on pon google.ni lah kasiat sireh yang automatik aku daat sbb aku dah makan.
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
insyaallah makcik akan menjadi lebih sihat dan bertenaga sebab makcik yam cleaner kat masjid tu dah tua tp sangat kuat dan sihat bekerja sebab asik la dia mengunyah sirehh dalam mulut. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...