Monday, December 24, 2012

beijing lagi

henpon cokia ni pun sampai greatwall. 


Snow wash

bila lagi nak melaram
Gilo duk atas ais


Menjakuni


beberapa perkara kene tulis kat sini supaya tak hilang ingatan.

tarikh pergi 12-12-12- 18-12-12
duit  100yuan= RM48.50.
2 kali salji turun
bawa jacket 2, snow cap 2, kasut 1 je.

sbb kat airport je aku dah hilang ingatan bila masukkan beg yg patutnya hand carry masuk dlm laguage. sudahnya jackett xde. mcm nak mati sejuk bila sampai beijing. keluar flight xpakai jacket kene bejalan pegi naik bas, turun bas nak masuk dalam building airport tu. nak nanges sbb sejuk gile..tp pakai t shirt je. menyesal kaww.

dalam flight duduk sebelah adik hensem yang baik hati bukak jacket dia and bagi kat aku suruh pakai sbb tengok aku mcm kesejukan. bagus betul budak tu.. borak punye borak tgh tunggu spm.mmm  standard anak la ni. betuah mak ada anak baik hati dan muka comel..

makcik sempat solat magrib dan isyak di beijing. sebab lepas tu bulan datang pulak. alhamdulillah merasa solat. cume nye tak dapat rasa sejuk2 wuduk mcm org lain tu time kat masjid. sempat jua mninggalkan peta kat seat bas. cam ne boleh jadi cam gini?? sejuk xrasa ape2. wat malu saje.

bedak tak cair kat sini. nyesal tak bawak make up. jeles tgk anak dara yg pakai make up n tukar2 mafler, snow cap dgn jacket. banyak btol  koleksi dorang ni. kayo ke hape?

melihat penyayang nye seorang bapa dari melaka  menjaga anaknya yg OKU. untungnye bini dia.

kesian tengok couple yg bawak anak kecik merengek sepanjang masa 24 jam. wife pregnant pulak tu.

menyampahnya tengok perangai warga china yg penipu, tamak, muka lapar 24jam.

seriously aku akan datang beijing lagi, winter juga tapi sekali dengan anak2. bagi rasa apa yang aku rasa..



Wednesday, December 5, 2012

khasiat sireh



+

gambar hiasan je. kalo byk nilah asam boi aku kan syiok

festaem seumur hidup makan daun sireh sbb nk ikut2 kawan makan. kisahnya bila semua buah yang boleh dicecah dengan serbuk asam boi dah habis.kawan makcik pulak selamba je makan sireh xde cecah apa2 dann ajak sekali makan. rasa mcm ngeri je makan begitu saje. maka helaian daun sireh itu ditabur dengan serbuk asam boi dan dilipat2 dan makan. sedar tak sedar dah makan 5 helai daun sireh saiz xl jugak. selain khasiat yg kawan makcik bgtau makcik on pon google.ni lah kasiat sireh yang automatik aku daat sbb aku dah makan.
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.
insyaallah makcik akan menjadi lebih sihat dan bertenaga sebab makcik yam cleaner kat masjid tu dah tua tp sangat kuat dan sihat bekerja sebab asik la dia mengunyah sirehh dalam mulut. 

Monday, November 26, 2012

impian no 89 - tinggal di homestay




merasakan kerjaya sebagai cikgu kene luas pengetahuan dan pengalaman xpadan dengan gaji, so impian lebih haruslah dicipta lebih2 lagi time cuti sekolah. mana tau angan-angan jadi kenyataan. angan-angan rumah sendiri nak dijadikan homestay macam mudah. so angan2 benda sukar le pulak iaitu teringin sangat duduk kat countryside kat australia dalam sebulan paling kurang. supaya hari2 di sana berjalan dengan tenang dan tidak memenatkan. lokasi pilihan adalah victoria ke mana2 lah. sambil seskali nampak kangaroo melintas atau tidur kat depan rumah. 

Anak beranak duduk sana time cuti sekolah akan jadi pengalaman berharga pada mereka. lagi pn time tu cuaca sejuk so kan ke syok melihat pemandangan yang lain dari kebiasaan. sebiji rumah boleh sewa dlm 800AUD untuk sebulan. ni lah dana yang kene kumpul belum campur tiket kapal terbang dan sewa kereta kat sana. Mudah-mudahan impian ini terlaksana. lagi bes kalau ada beberapa kawan yang nak join and share this experience together sebab sewa rumah dan kereta boleh share dan drive pun boleh gilir2.


Monday, November 19, 2012

itenery beijing 2012


Tengah mood kumpul duit shopping kat beijing.  sepatutnya tiap kali travel itenery camni aku kene save. sebab apa ini boleh bantu untuk buat karangan nanti siap dengan gambar. xde lah nanti ada gambar tapi lupa semua detail pasal tempat tu.

12 DEC   KUL-PEK    1910-0115+1
18 DEC   PEK-KUL    0230-0855am

HARI 1: LCCT-BEIJING
Berkumpul di aiport LCCT(3 jam sebelum)  sebelum berlepas ke BEIJING. Tiba di airport BEIJING  dan menaiki bus menuju ke hotel . Check in hotel.











HARI 2:          (SP/MT/MM) 
Selepas sarapan pagi,akan dibawa melawat ke Dataran Tiananmen dan juga Forbidden City atau lebih dikenali sebagai Kota Larangan. Solat zohor (jamak takdim) di Masjid Niujie yang merupakan masjid tertua yang mempunyai sejarah lebih daripada satu ribu tahun. Membeli-belah di Pasar Raya Islam yang merupakan satu-satunya di Beijing. Makan Malam di Restoran Muslim Xian Jiang dan melawat   Fresh Water Pearl Center..Selepas makan malam menonton  pertunjukan akrobatikpada waktu malam.





HARI 3:        (SP/MT/MM)
Melawat Kedai Jade dan Kristal. Hari ini adalah kemuncak lawatan ke Beijing iaitu melawat dan mendaki Tembok besar China dari dinasti Ming. Makan tengah hari di restoran tempatan Islam berhampiran Great Wall. Lawatan ke Pusat penghasilan ubatan china dan krim Bao Fu Ling atau juga dikenali sebagai Pembakaran Krim (Burning Cream). Sebelah petang boleh bermain ski di Snow WorldSila ambil perhatian bahawa harga kami termasuk bayaran masuk sahaja untuk bermain ski terdapat tambahan harga untuk menyewa peralatan ski.  RMB200/seorang ( RM 100)  tambahan yang dikenakan untuk sewa peralatan ski.

HARI 04:       (SP/MT/MM) 
Membeli-belah di Fresh Water Pearl Center. Melawat “Foot Massage” di pusat perubatan tradisional Cina.Melawat Summer Palace  (Istana Musim Panas). Selepas makan tengah hari kita akan melawat salah satu masjid yang terkenal di bandar ini, Masjid Ma Dian yang mempunyai gaya Cina yang unik dengan sejarah ratusan tahun. Menikmati minuman teh di Rumah Teh. Menikmati  Fesyen di Pusat Sutera.  Membeli-belah di Pasar Yashow. Selepas makan malam membeli belah di  Sunny Gold Street. Kemudian 
pergi untuk melawat dan membeli belah di Hard Rock Cafe (T-shirt)     














HARI 05:        (SP/MT/MM)

Lawatan ringkas ke perkampungan sukan olympic Birds Nest Staduim yang luar biasa  dan Water Cube. Lawati Panda Zoo Beijing.Membeli-belah di kedai Jewelry shop. Solat di masjid Nandouyaselepas makan tengah hari. Membeli-belah di Tianya Market.

HARI 06:       (SP/M,MM)
Selepas sarapan pagi, check out hotel, anda akan dibawa ke Pusat Membeli Belah di sekitar Bandar Beijing seperti Hongqiao Market, Tianya Market dan Yashow Market. Makan tengah hari dan Makan Malam akan disediakan direstoran tempatan.menuju  ke lapangan terbang Beijing untuk pulang Kuala Lumpur.

HARI 07:
Berlepas dari Airport Beijing jam 0150 pagi dan tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 0845 pagi 18 Dec 2012.

Thursday, September 13, 2012

Makcik pun konvo jua akhirnya



tengok dalam status kawan  kat class. dia post mcm gambar kat atas tapi nama dia. so cepat2 cek it out. kihkih konvo sama dia rupanya. sungguh gembira dan tersenyum macik sepanjang malam dan rasa ringan kepala. alhamdulillah sangat. nasib baik ada blog nak curahkan perasaan tacing aku nih. nak kata penat sangat tu tidak lah. tapi belajar sambil bekerja memang selalu tension. tapi lillahitaala gitu . insyaallah dapat pahala. kerana menuntut ilmu ni kalau  meninggal tengah on de way pegi class ke insyaallah mati syahid.  alhamdullillah semuanya selamat. mcm2 cabaran dan dugaan sepanjang habiskan study ni. hanya aku dan blog dapat simpan kenangan. nak storyy ngan anak, depa bukan fahaam sangat. tapi harap2 bila  besar sikit  nanti anak2 akan baca blogg mama diorang yang sangat rajin ini.  

satu perkara yang buat aku terus tersenyum lagi bila tengok result project paper. ngeri dan nyilu mengenangkan knonologi nak siapkan. 5 hari sebelum hari raya 2012 baru dapat complete. melebihi tempoh akhir penyerahan so kene sertakan surat alasan sebab nak hantar jugak. xkan nak tunggu konvo 2013. 

menyiapkan projek paper dalam bulan puasa banyak benda kene korbankan. nak listkan jugak supaya tak lupa.

1. masak, sepanjang bulan puasa masak utk sahur sahaja itupun simple sgt
2. solat tarawih, terawih tak cukup sbb ngadap laptop sampai bepeluh-peluh dan asyik2 tengok jam . masa sangat mencemburui..
3.murid-murid, bulan posa aku mc sampai 5 hari 
4.masa free kat sekolah dah xde. 3 masa sehari dah tak de makna.
5.anak2, byk kali mntak tlg uji jagakan anak2 sbb xnak gangguan kat rumah.
6.bisnes, nasib baik ain ada
7. shopping tadak

akibatnya raya tahun ni sempoi .baju raya dapat beli pada hari sama hantar projek paper (selasa), Hari jumaat sempat beli peti ais untuk isi ayam banyak2. hari kamis pegi jln msjd india beli tudung raya. 


gambar pagi raya ke 5. sambut raya kat kampung mmg best, tapi  bila ada tetamu yg xbalik2 mmg meloyakn

Tuesday, July 24, 2012

Story must be communicated- Jiran



di tepi jalan yg jem. atas prinsip kene tolong orang.
Aku : " ada apa-apa yang bleh saya tolong ke??( tanya sebab kereta kat sebelah je)
Jiran : bateri problem.. kene jumping.
Aku : ooo.. saya xde jumper la.. (aku cam gaya 2 nk blah xdpt tolong.)
Jiran : saya ada.. (mcm mharap aku tolong ni)
Aku: ok. saya park dpn tu. (kene jwb cpt sbb kereta start gerak)

aku pun bsusah payah adjust kereta biar dpn kabel dia sampai kat bateri kereta aku.
jiran : tunggu kejap ye. kabel ni kecik. bateri ni besar. ( sbb bateri kereta aku besar, take time sikit enjin dia nak hidup) lps bebrapa minit enjin dia pon dah ok. Selesai
kereta jiran selang sebuah rumah

Jiran: terima kasih ye. duduk mane??
Aku: kita bejiran la. sebab tu lah saya tolong.(dlm hati: cis)
Jiran: oo.. tak perasan.

Padahal dah 7 tahun bejiran. cuma sbb dia jenis lebai tak tengok pompuan kot.



Wednesday, April 25, 2012

An Email From Fitness First

email pertama aku dapat dari fitness first

Dear Siti Rahimah

Welcome to Fitness First!

Congratulations on recently joining Fitness First. You are now a part of the largest Health Club group in the world and have joined over 1.4 million other members on the road to a fitter, healthier lifestyle.

We want to do everything we can to ensure that you get the most out of your membership and that you begin to feel the benefits of exercise as soon as possible. Research shows that the members that make a real commitment to a new exercise routine early in their membership are the ones that really reap the rewards further down the line - so try to make the trip to the gym part of your weekly routine.

If you need any help or advice whatsoever then just ask any member of staff. We are here to help so please ask....

Sunday, April 22, 2012

Fitness First - My New n Latest 'Revival'





Menyadari hakikat umur semakin meningkat.. bepuluh2 biji tembikai aku dah makan, bekilo2 anggur dah telan, bebotol2 yogurt dah minum. lagi apa, beperiuk2 cabbage soup aku dah buat. joging atas treadmill hage 3ribu  pun dah. tapi hampeh saja sebb angka tak byk pon bekurang. rasa mcm dah fed up. tapi bila sorang consultant fitness first dtg  kat aku dan bgtau fitness first bukak di setia alam, ini lah harapan terakhir aku sanggup invest.sbb benda tu tgh under constuction kira offer lah sapa yg register skrg. admin fee RM119+set body first RM149. so hari ni aku bayar RM268. set body first tu aku akan dapat balik duit after 2 bulan join kalau aku blh datang 16 kali utk 2 bln pertama. tak sabar rasanya nak start masuk gym buat workout under profesional trainer.  sesuai dengan waktu mengajar pj aku kene ajar sampai 5 kelas , 4 hari seminggu. hari2 time buat warm up dengan budak aku berangan nk perut cam gini..


baru la aku konfiden nak ajar budak2 ni suruh diorang jaga badan. dan berangan2 juga alang2 invest sebulan kene bayar lagi RM138. aku nak gak dapat upper body cam gini...


target dapat datang 2x seminggu. wajib join aerobik, masuk gym and steam bath sebelum balik.
buat masa ni masalah aku ialah aku beseorangan je. apasal time aku suggest kat orang banyak betul alasan diorang. kebanyakannya kata xde masa. mcm la aku ada byk masa. tapi gym ni dibuka pkl 6 pagi sampai 11 malam. boleh masuk bila2. boleh minum air sedap2 free !! teruk betul aku ni. blh gak pinjam dvd free jugak . tak sabar betul nak masuk jun ni.


Tuesday, April 10, 2012

Dunia Adalah Penjara

Dunia adalah penjara. banyak perkara ada orang buat tapi kita tak boleh buat. ada perkara pada kita berdoasa tai ada orang lain biasa. tapi sesungguhnya dunia adalah sementara. kecewa duka sengsara adalah sekelumit saja jika dibandingkan nikmat yang Allah telah beri. Syukur dengan apa yang ada.

Wednesday, February 22, 2012

22 soalan Vs jawapan

22 soalan dapat dijawab on the spot.  Berikut adalah jawapannya.MasyaAllah.
(Copy and  Paste)
  1. Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.
  2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
  3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
  5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
  6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
  7. Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
  8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan  malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17)
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa aitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim, katak, darah, kutu dan belalang.*
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -
  14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
  15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98) -
  17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
  18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
  20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
  21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
  22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu,Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata,

 "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." 

Tuesday, February 7, 2012

Yaasin- Faedah membacanya

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
 
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
 
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
 
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
 
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika seseorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.
 
Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
 
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)
 
 
Samuga kita dapat amal dan sampaikan......Insya'Allah.
Wassallam.

Pengirim: "Md Yasin Japar@wt.tt" <Md_Yasin_Japar_wt.tt@dnet.com.my>

Friday, January 6, 2012

Pasal Nor Amalina pulak


why me? amalina memang bukan alim sangat time kat Malaysia lagi. banyak cikgu-cikgu dan dan bukan cikgu pakai tudung kat sekolah tapi kat luar tak pakai tudung dan bersosial di fb sesama lelaki. begurau melampau pn boleh. hanis zalika yang pandai tapi tak pakai tudung dan dedah aurat banyak je orang like.

pasal nor amalina jadi cover story metro kat kedai acheh ni aku pon google la jugak. aku pon tak de baca apa yang metro tulis kat bahagian dalam. tapi bagi aku, aku tak heran langsung. xpayah la nak kutuk2. benda kecik sangat. dia budak pandai. mungkin dia nak menikmati kehidupan dengan cara tu.bukannya seksi sangat. peliknya artis malaysia banyak-banyak ni. kat malaysia lagi bukak-bukak tak pakai baju lah. ada yang minum arak. sosial nak mampos.  tesembol sana sini tapi masih jadi pujaan. nor amalina cuma bukak tudung walaopun aku memang tak setuju.

aku percaya dia akan pakai balik tudung bila dia keje kat malaysia nanti.dari dulu lagi aku tak mengutuk dia. ni masalah dengan surat kabar yang aku malas nak baca. macam la tak de benda lain nak cerita.banyak sangat benda penting yang sepatutnya jadi berita. pasal amalina mcm peluk laki mat saleh tu. amalina manusia biasa. kat oversea tu. budak uitm kat s alam ni kat mana2 aku tengok bekapel dah macam laki bini.amalina tu mungkin boyfren dia. tapi camne pulak artis2 tu. bepeluk sana sini.yg bukan artis pun sama.bekepit depan belakang.nauzubillah.




malam ni aku rajin nak senaraikan benda penting yang sepatutnya selalu masok surat kabar dan tv kat malaysia supaya terbuka balik hati aku tengok tv dan beli surat kabar.

1.  pasal sistem pendidikan di malaysia. asyik la puas hati dan membanggakan.  puas hati apanye kalau satu sekolah ada sorang gb tapi tahun 1 saje ada 16 biji kelas. apa lah salahnya di buatkan lagi sekolah supaya T&L jadi selesa.

2. pasal hospital shah alam yang tak siap2. hospital satu mana nak muat pesakit beribu2.sempat mati sebelum dapat jumpa doktor.hospital tanjung karang kecik, pesakit ramai. sekinchan xde hospital. kuala selangor tak de hospital.

3. pasal harga barang especiali tol yg menyebok dan petrol yg sepatutnya murah. kalau petrol free aku sanggup drive sampai bukit kayu hitam sempadan siam sana dan hari2 pusing2 drive kete bawak nak makan angin macam aku selalu angan 2 time kecik dulu. harga petrol pilihan kau ialah RM1 je seliter.petrol ni anugerah  dan rezeki dari Allah. bukan ciptaan manusia. mana kekayaan sama dirasai. tak rasa pon. baju aku 4 meter 20 rengget. baju dia semeter 20rengget. tak besyukur ke. kompiusss.

4. masalah kemiskinan. kawan kristian aku bgtau ramai orang melayu datang gereja sbb nak dapatkan bantuan seperti beras, biskut, minya, kicap dan gula. mereka pula membantu tak kira warna kulit atau agama. dah korang datang ambik benda2 tu, pandai2 la join program yang gereja tu buat. sapa salah cam ni.  asik la pro pa nak lagakan islam dan kristian kat malaysia yang kucintai ni. orang kristian tu buat benda yang baik bagi agama dia. kawan aku  kaya, tp sembayang pon tak lepas camne nk sensetip  hal2 saudara seagama ni.




hari ni aku bengang sebab terkejar nak ambik ic baru dan pusing 2 cari paking nk buat kad atm maybank baru. bila kau dapat paking jauh dan jalan kaki sampai ke pintu bank, pintu dah kene rantai. guard tu bgtau pukul 4 lagi dah tutup pintu.

sebab hari ni hari jumaat, aju kene tunggu isnin. yang malang aku sure kene denda 50rengget sbb lambat byr kedit kad.nympah betul CIMB adik najib punya ni.suka denda2 tau.sebab buat ic pun  dah take time. ic sementara pulak gaib, ni dugaan kecil aku kene hadapi sorang2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...