Wednesday, February 22, 2012

22 soalan Vs jawapan

22 soalan dapat dijawab on the spot.  Berikut adalah jawapannya.MasyaAllah.
(Copy and  Paste)
  1. Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.
  2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
  3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
  5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
  6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
  7. Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
  8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan  malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17)
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa aitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim, katak, darah, kutu dan belalang.*
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -
  14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
  15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98) -
  17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
  18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
  20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
  21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
  22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu,Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata,

 "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." 

Tuesday, February 7, 2012

Yaasin- Faedah membacanya

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
 
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
 
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
 
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
 
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika seseorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.
 
Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
 
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)
 
 
Samuga kita dapat amal dan sampaikan......Insya'Allah.
Wassallam.

Pengirim: "Md Yasin Japar@wt.tt" <Md_Yasin_Japar_wt.tt@dnet.com.my>

Friday, January 6, 2012

Pasal Nor Amalina pulak


why me? amalina memang bukan alim sangat time kat Malaysia lagi. banyak cikgu-cikgu dan dan bukan cikgu pakai tudung kat sekolah tapi kat luar tak pakai tudung dan bersosial di fb sesama lelaki. begurau melampau pn boleh. hanis zalika yang pandai tapi tak pakai tudung dan dedah aurat banyak je orang like.

pasal nor amalina jadi cover story metro kat kedai acheh ni aku pon google la jugak. aku pon tak de baca apa yang metro tulis kat bahagian dalam. tapi bagi aku, aku tak heran langsung. xpayah la nak kutuk2. benda kecik sangat. dia budak pandai. mungkin dia nak menikmati kehidupan dengan cara tu.bukannya seksi sangat. peliknya artis malaysia banyak-banyak ni. kat malaysia lagi bukak-bukak tak pakai baju lah. ada yang minum arak. sosial nak mampos.  tesembol sana sini tapi masih jadi pujaan. nor amalina cuma bukak tudung walaopun aku memang tak setuju.

aku percaya dia akan pakai balik tudung bila dia keje kat malaysia nanti.dari dulu lagi aku tak mengutuk dia. ni masalah dengan surat kabar yang aku malas nak baca. macam la tak de benda lain nak cerita.banyak sangat benda penting yang sepatutnya jadi berita. pasal amalina mcm peluk laki mat saleh tu. amalina manusia biasa. kat oversea tu. budak uitm kat s alam ni kat mana2 aku tengok bekapel dah macam laki bini.amalina tu mungkin boyfren dia. tapi camne pulak artis2 tu. bepeluk sana sini.yg bukan artis pun sama.bekepit depan belakang.nauzubillah.




malam ni aku rajin nak senaraikan benda penting yang sepatutnya selalu masok surat kabar dan tv kat malaysia supaya terbuka balik hati aku tengok tv dan beli surat kabar.

1.  pasal sistem pendidikan di malaysia. asyik la puas hati dan membanggakan.  puas hati apanye kalau satu sekolah ada sorang gb tapi tahun 1 saje ada 16 biji kelas. apa lah salahnya di buatkan lagi sekolah supaya T&L jadi selesa.

2. pasal hospital shah alam yang tak siap2. hospital satu mana nak muat pesakit beribu2.sempat mati sebelum dapat jumpa doktor.hospital tanjung karang kecik, pesakit ramai. sekinchan xde hospital. kuala selangor tak de hospital.

3. pasal harga barang especiali tol yg menyebok dan petrol yg sepatutnya murah. kalau petrol free aku sanggup drive sampai bukit kayu hitam sempadan siam sana dan hari2 pusing2 drive kete bawak nak makan angin macam aku selalu angan 2 time kecik dulu. harga petrol pilihan kau ialah RM1 je seliter.petrol ni anugerah  dan rezeki dari Allah. bukan ciptaan manusia. mana kekayaan sama dirasai. tak rasa pon. baju aku 4 meter 20 rengget. baju dia semeter 20rengget. tak besyukur ke. kompiusss.

4. masalah kemiskinan. kawan kristian aku bgtau ramai orang melayu datang gereja sbb nak dapatkan bantuan seperti beras, biskut, minya, kicap dan gula. mereka pula membantu tak kira warna kulit atau agama. dah korang datang ambik benda2 tu, pandai2 la join program yang gereja tu buat. sapa salah cam ni.  asik la pro pa nak lagakan islam dan kristian kat malaysia yang kucintai ni. orang kristian tu buat benda yang baik bagi agama dia. kawan aku  kaya, tp sembayang pon tak lepas camne nk sensetip  hal2 saudara seagama ni.




hari ni aku bengang sebab terkejar nak ambik ic baru dan pusing 2 cari paking nk buat kad atm maybank baru. bila kau dapat paking jauh dan jalan kaki sampai ke pintu bank, pintu dah kene rantai. guard tu bgtau pukul 4 lagi dah tutup pintu.

sebab hari ni hari jumaat, aju kene tunggu isnin. yang malang aku sure kene denda 50rengget sbb lambat byr kedit kad.nympah betul CIMB adik najib punya ni.suka denda2 tau.sebab buat ic pun  dah take time. ic sementara pulak gaib, ni dugaan kecil aku kene hadapi sorang2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...