Friday, January 6, 2012

Pasal Nor Amalina pulak


why me? amalina memang bukan alim sangat time kat Malaysia lagi. banyak cikgu-cikgu dan dan bukan cikgu pakai tudung kat sekolah tapi kat luar tak pakai tudung dan bersosial di fb sesama lelaki. begurau melampau pn boleh. hanis zalika yang pandai tapi tak pakai tudung dan dedah aurat banyak je orang like.

pasal nor amalina jadi cover story metro kat kedai acheh ni aku pon google la jugak. aku pon tak de baca apa yang metro tulis kat bahagian dalam. tapi bagi aku, aku tak heran langsung. xpayah la nak kutuk2. benda kecik sangat. dia budak pandai. mungkin dia nak menikmati kehidupan dengan cara tu.bukannya seksi sangat. peliknya artis malaysia banyak-banyak ni. kat malaysia lagi bukak-bukak tak pakai baju lah. ada yang minum arak. sosial nak mampos.  tesembol sana sini tapi masih jadi pujaan. nor amalina cuma bukak tudung walaopun aku memang tak setuju.

aku percaya dia akan pakai balik tudung bila dia keje kat malaysia nanti.dari dulu lagi aku tak mengutuk dia. ni masalah dengan surat kabar yang aku malas nak baca. macam la tak de benda lain nak cerita.banyak sangat benda penting yang sepatutnya jadi berita. pasal amalina mcm peluk laki mat saleh tu. amalina manusia biasa. kat oversea tu. budak uitm kat s alam ni kat mana2 aku tengok bekapel dah macam laki bini.amalina tu mungkin boyfren dia. tapi camne pulak artis2 tu. bepeluk sana sini.yg bukan artis pun sama.bekepit depan belakang.nauzubillah.




malam ni aku rajin nak senaraikan benda penting yang sepatutnya selalu masok surat kabar dan tv kat malaysia supaya terbuka balik hati aku tengok tv dan beli surat kabar.

1.  pasal sistem pendidikan di malaysia. asyik la puas hati dan membanggakan.  puas hati apanye kalau satu sekolah ada sorang gb tapi tahun 1 saje ada 16 biji kelas. apa lah salahnya di buatkan lagi sekolah supaya T&L jadi selesa.

2. pasal hospital shah alam yang tak siap2. hospital satu mana nak muat pesakit beribu2.sempat mati sebelum dapat jumpa doktor.hospital tanjung karang kecik, pesakit ramai. sekinchan xde hospital. kuala selangor tak de hospital.

3. pasal harga barang especiali tol yg menyebok dan petrol yg sepatutnya murah. kalau petrol free aku sanggup drive sampai bukit kayu hitam sempadan siam sana dan hari2 pusing2 drive kete bawak nak makan angin macam aku selalu angan 2 time kecik dulu. harga petrol pilihan kau ialah RM1 je seliter.petrol ni anugerah  dan rezeki dari Allah. bukan ciptaan manusia. mana kekayaan sama dirasai. tak rasa pon. baju aku 4 meter 20 rengget. baju dia semeter 20rengget. tak besyukur ke. kompiusss.

4. masalah kemiskinan. kawan kristian aku bgtau ramai orang melayu datang gereja sbb nak dapatkan bantuan seperti beras, biskut, minya, kicap dan gula. mereka pula membantu tak kira warna kulit atau agama. dah korang datang ambik benda2 tu, pandai2 la join program yang gereja tu buat. sapa salah cam ni.  asik la pro pa nak lagakan islam dan kristian kat malaysia yang kucintai ni. orang kristian tu buat benda yang baik bagi agama dia. kawan aku  kaya, tp sembayang pon tak lepas camne nk sensetip  hal2 saudara seagama ni.




hari ni aku bengang sebab terkejar nak ambik ic baru dan pusing 2 cari paking nk buat kad atm maybank baru. bila kau dapat paking jauh dan jalan kaki sampai ke pintu bank, pintu dah kene rantai. guard tu bgtau pukul 4 lagi dah tutup pintu.

sebab hari ni hari jumaat, aju kene tunggu isnin. yang malang aku sure kene denda 50rengget sbb lambat byr kedit kad.nympah betul CIMB adik najib punya ni.suka denda2 tau.sebab buat ic pun  dah take time. ic sementara pulak gaib, ni dugaan kecil aku kene hadapi sorang2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...