Friday, December 30, 2011

apa kelas nengok ombak rindu?

aku pon tpengaruh nk tengok filem ombak rindu.penulis cerita ni fauziah shaari. ade ke patut dia dia dpt cuma 1600 rengget je.punya la susah perah otak nk buat novel.dpt 1600 sedangkan filem tu dpat juta2.dan aku tengok masing2 post kat wall fb bagtau dorang pegi tengok wayang.tengok tv pon aku x sempat.nk g tengok wayang memang melampo.sempena aku membeli LCD laptop yg baru dgn rasminya aku menonton cite ni kat LCD baru aku 19 inci . pagi tadi aku save siap2 versi youtube. ptg ni aku pon Layan.

Aku jeles gak dgn aron ni.maya tu cantik ko boleh lah reject lisa surihani tu. maya karin plak untung la kau dpat laki hensem dan kayo. Aaron aziz tu.bkn adi putra ke apa rosyam nor ke.idaman jiwaku tu.kira xaci lah.dlm realitinya berapa org la dpat peluang camtu.pompuan cantik biasanye laki dorang hitam dan gemuk.lelaki hensem plak dpt bini garang dan sombong.

maya xpakai baju.lawa jugak.
Maya karin pakai tudung aku rasa ni fes taem.kene ngaji pulak tu.dia baca surah yasin.lain macam je lagu dia.harapan aku terkesan lah kat maya karin supaya tak pakai seksi2 lagi.lawa kalo ko pakai tudung cam tu.xterjejas pun kacantikan kau tu. cuma aku jeles kat kau. dulu time mula2 belakon ko xdelah lawa sangat.kulit pun gelap gak aku tengok.tapi sekarang ni petih melepak pulak.dah la hidung mancung mcm anak mat saleh.



maya pakai tudung.lagi lawa.tudung bawal ni kalau pakai payah sikit maya.kene byk guna brooch.  baru lah kemas.

biasa2 je aaron aziz ni.bkn hensem sangat.tapi pakej baik la tu yg buat dia laku sesangat.

secara keseluruhan bagi aku biasa je cerita ombak rindu ni. tak tengok pun tak apa. apa yang menarik sangat tah sampai masing2 rasa bangga dapat tengok cerita ni. cerita ni bagi aku xyah lah nak direkemen2 macam best sangat. apa... lah.sampai ada yg nangis bekali2. pelik.setitis pon xkeluar air mata makcik. lagi banyak cite sedih yg boleh buat makcik tacing.

Lagi kehilangan

Sebelum 2011 mutup tirai, 1 lagi kematian dicatatkan ps 29 dec 2011 pkl 10 pg. cikgu Leow Pin Me meninggal slps 2 hari masuk icu. Time aku dpt berita ni, aku tgh tlena sbb ada taklimat penggunaan software baru.kalau interaction bm ke bi ke aku mmg blh layan.dgn cikgu lain yg sibuk beborak baik aku ambik kesempatan lelap kt belakang.kira2 aku org ke 2 lah dpt tau dlm bilik tu bila kk tiba2 duduk sblh dn bgtau Leow Pin me laoushio dah tak de. cikgu ni mmg da sakit.jantung dia lemah, blood pressure sgt rendah.strat bln 7 2010 dia pakai bateri kat jantung utk support.tapi kematiannya bkn sbb bateri tu. dia dan familinye jalan kat vietnam dan menikmati makanan di sana.balik sini sakit perut dan disahkan food poisoniing plk.dari SMC masuk IJN ada virus sampai jantung dan merosakkan lagi jantung.tu sbb dia xdpt diselamatkan. walaupun aku xselalu dgn dia tp aku slalu dpt update apa yg dia buat dan wish kalo ada apa2yg perlu. yg aku ingat sekali pasal dia dia selalu cakap budak2 ni xdpt ikut apa yg kita ajar tak apa . kita bg je diorang tu kasih sayang. cikgu ni mmg soft spoken.cakap melayu dia slang indon sbb dia duduk indon 3 tahun xsilap. masa aku dtg jakarta dulu jantung dia blm masuk baateri lagi.blood preesure dia dlm 30 je.mmg xnormal.sikap lemah lembut dan baik hati dia mngingatkan aku dgn sorang lagi best fren dia ng siew lan yg dah meninggal jugak bln 7 thn ni.
aku ada kenangan dgn dia di Takuban Perahu, Bandung.Time ni aku gemuk sgt.trauma nak pos gambar.leow pin me maintain..(spa lagi ada tangkap gambar kt sini)

Time aku tulis entry ni, aku baru tjumpa tiket masuk taman mini indonesia kat Jakarta. hage tiket RP 55,000. mcm org kayo.naseb baik Rp.

Berita kematian akan menginsafkan kita.xpayah la berangan nk hidup lama2. pencen 56 pon aku xsabar tunggu. nk bg panjang lagi sampai 60 mmg aku xsanggup.

Monday, December 12, 2011

Malam Yang Suspen

Sebelum makcik sebelah rumah pindah keluar, dia sempat bgtau cerita seram pasal rumah dia. ditambah pula dengan cerita rumah adik tiba-tiba ada  budak kecik masuk waktu malam,aku jadi seram sejuk je.bila.. malam tadi anak kata nampak kucing hitam lari naik tangga dalam rumah. berderau darah sekejap. tak berani naik atas. so anak beranak tidur kat ruang tamu. bukan senang nk tidur. baca yasin dan lain2 doa. pas tu ambil tepung dan tabur atas tangga. sebab nk tengok tapak sapa yang lalu dan nak tengok lalu mana benda tu keluar. anak pulak terus je tidur kat sofa.

tejaga sebelum subuh, pagi2 cpt2 pegi tengok tepung kat tangga. memang berusik. xde pulak tapak kaki. tapi..cis , kau dah tinggalkan satu benda yg buat aku kenal sapa kau. tak guna. berani masuk rumah aku dan buat aku susah hati satu malam. cepat2 aku ambik perangkap tikus dan letak dekat tepung tadi dan sambung tidur.

Akhirnya padan muka. puas hati aku dpt tangkap kau walau pon cara kau pandang aku tak de muka insaf langsung. Kau ingat aku takut bunuh.

Suspen betul. dah tambah keje aku bersihkan tepung kat tangga.

Thursday, December 8, 2011

Sifat Mahmudah no 1

Imam Al Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin:

Taubat

” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”.
(Surah Al – Muzammil - Ayat 20)

Syarat-syarat taubat:
* Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
* Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
* Berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
* Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
* Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.


Astaghfirullahal Azim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...