Thursday, July 28, 2011

kene saman

tempat paking xada ok. aku xhalang apa2 pon.senang2 je bagi saman.
dah lama sangat aku tak kene saman DBKL. last kene  thn 2000 kat dataran merdeka. g KL ngan normasdewi. time tu kene 30 ringgit je. gaji time tu 900. hari ni  tawaran kompaun 15 hari pertama kene bayar 100ringit. slps 15 hari naik jd 150 ringgit pulak.

sungguh tidak adil dbkl ni. tak kusangka. nak duit paking tapi tak sediakan tempat paking byk2..sbb tu lah aku paking kat tempat yg xblh paking. memang tektik busuk DBKL nak duit org.tempat paking tak sediakan byk2. pastu nak saman2 org. hakikatnya aku ni pemandu yg sangat berhemah dan betimbang rasa. saman2 ni xmasuk kamus.walaupun saman paking.

Wednesday, July 27, 2011

Rinduuuu Lagi


entah bila dapat berpuasa di mekah. time aku pegi dulu xde sehari pun aku puasa kat sana.cuaca panas sgt time tu. da nak masuk ramadan ni rindu betul dgn mekah mukarromah dgn madinatul munawwarah. kalau tak keje mesti dpt duduk sana sminggu dua.


time ni dalam pkl 2 pg.selesai umrah pertama. bermalam kat masjidil haram sampai siang.

lps solat zhuhur. kuar ramai2 dr msjid. cari ice blended mesti.

ramai2 gi masjid nk solat asar.

pintu king abdul aziz. tempat aku masuk msjid hari2. ada lif naik tingkat atas msjid.

lepas selesai umrah ke7. lengang je. geram je nk g sana lg.nk betawaf
will come back. i promise. da siap nk g aipot time ni.

sesuci..sesuci lebaran. muka letih. 2 minggu x touch up muka. beratnya rasa di hati.. nak melangkah pergi.. badan mmg berat semcm time ni.

Friday, July 22, 2011

Rahsia pada tumit kaki-lebih baik tutup pakai stokin

bahagian paling selalu jadi mangsa pengabaian kanak-kanak mesti lah tapak kaki. bila umur dah meningkat, kulit jadi kering. bila dah kering dan xjaga, tumit pon bole pecah. huduh.. bagi aku kalau nak adil,kenelah jaga gak tumit kaki. jangan muka je make up tebal tapi tapak kaki hancuss..dah banyak kali sangat orang cakap ngn aku. Skripnya gini:

 "alhamdulilah saya dapat naik mercedes dan dapat melancong ke luar negeri. income saya 5 angka sebulan. alhamdulillah, saya ada banyak lebih masa dengan keluarga".

ada gak yg kata" saya sekarang nampak lebih muda."org2 ini akan bagitau walau pun aku xtanya. pastu korang kalau bcakap tak ada brek pulak tu. Tapi apa hal kalo duit korang juta-juta, tapi tak servis tapak kaki tu. itu mcm xcukup masa. sampai xde masa nk sental tapak kaki sendiri. xseimbang lah tu. duniawi betul.
batu gosok kaki, simpan 1 dalam mercedes tu.

tak pon, guna je batu ni. aku penah jual benda ni RM5 . tahan. bekurun lama kurahsiakan...

Tuesday, July 12, 2011

Kerana Pulut Rendang Binasa


Tetiba rasa rindu nak makan pulut kuning. pagi2 buta ni konpem tak ada orang jual. kalau nasi lemak tu memang belambak kat tepi jalan. lontong pun boleh jumpa gak kalo cari betul2. nak tunggu kenduri kendara xtau bila dapat merasa pulut kuning.

 so sebagai wanita sejati yang xberapa rajin, masak je la sesimpel yang boleh demi melayan perutku dan tak melayan nasi lemak tau bihun atau kuih-kuih tepi jalan. maka tercipta lah pulut yang tak berapa kuning dengan rendang sardin yang boleh tahan. santan-santan tak main. kerana pulut rendang binasa. kerana mulut badan jadi gemok la.


rendang sardin paling senang di dunia. Rasanye tak ada orang jual.

Rendang Sardin

Bahan-bahan
1 tin sardin makerel
2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar kerisek
minyak masak sikit, air dan garam secukupnye.

Cara-cara
sediakan kuali. hidupkan api . masuk minyak masak. tumis  bawang besar, bawang putih yang da dihiris. masukkan cili sampai masak. masukkan 1 tin sardin. masukkan kerisek. tambah air sikit. garam sikit. tunggu sekejap. dah siap.. layak dipanggil rendang sebab kuahnya tu memang rasa macam rendang la walapon tak dicampur santan.


Pulut kuning xberapa kuning sebab serbuk kunyit dah nak abis.

Pulut Kuning

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut. 
sedikit serbuk kunyit
2 sudu minyak masak/margerin
air dan garam secukup.

cara-cara
basuh beras. gaulkan dengan serbuk kunyit sekali dengan garam dan minyak masak. kukus sampai masak. bukan sekelip mata. bekelip2 baru siap. boleh makan seorang dewasa dan 4 kanak2 sampai kenyang. senang je. terubat rindu di hati.


Friday, July 8, 2011

Perginya Kawan Yang Baik Hati

Kenangan aku dengan late Ng Siew Lan. sorang lagi ni PP Low.
Suasana dalam bilik guru senyap je tiba-tiba. masing2 bcakap dengan volume  pelahan. Rupa2nye ada berita sedih. Ng Siew Lan meninggal dunia. Menurut versi yang sampai kat aku mayat nya dijumpai lps 3 hari meninggal.

Ng siew Lan tinggal sorang kat rumah. dia xbekawin dan xde anak. dia disahkan ada penyakit SLE dalam 7-8 thn yg lalu. awal thn ni xsilap dia kene cancer pulak. so dapat cuti setahun xsilap. dah buang sume. sihat. dah drive dan blh jalan2. datang sekolah dsbg. so dia duduk balik rumah sorang2. bbrpe hr sblm meninggal dia call maknye bgtau dia ok.hari Rabu dia janji dgn kawannye yg sama2 sakit nak gi check hospital. kawannye call2 byk kali dia xjawap. kamis pon call lagi xjawap gak.rasa xsedap hati. jumaat pagi datang rumah dia. kereta ada, letrik pon pasang. econ pasang.  jiran pon datang gak nk tau cerita. pastu jiran kata ada bau lain macam. intai punye intai lalu tingkap(sbb pintu kunci dari dalam) ng siew lan tido atas katil berselimut. tepon xangkat gak. so panggil polis la datang pecah pintu.

Ng siew lan dah meninggal dunia. umur baru 45 thn. bedah siasat kata dia dah 3 hari meninggal. tapi melihat mayatnya, dia meninggal dengan tenang. aku hanya dapat ucap takziah pada keluarganya. Mayatnya dibakar. Ng siew lan ni  kristian. tu yg aku sedih sangat ngan kompius. kenapa tak ditanam. xbaik la bakar2. kenapa kristian senang2 ubah agama diorang.why2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...