Wednesday, June 29, 2011

Tin Biskut- memang selamat



Di Germany ada sorang  manager sebuah company besar simpan hanpon dlm tin biskut. sbb nk merahsiakan isu-isu sensitif, pasal penyelidikan dan pembangunan company dia.
Tin biskut ada kesan Farraday yg menghalang sinaran elektromagnet dan block hacking ni.

Padahal compeni tu bleh buat sale 13 bilion euro kaw. aku xde simpn hp pon. sbb xde apa yg nk dirahsia.
teringin sangat pegi Jerman ni. walapon aku pandai cakap jerman.
Sudikah kau membawa aku ke sana??

Sunday, June 26, 2011

Masa Untuk Menderma ke Palestin

Tangan yang memberi memang lebih baik dari yang menerima. Menolong orang jangan harap balasannya. sebab Allah pasti akan membalas kebaikan itu.

Rakyat Malaysia di Gaza Palestine tgh nak buat kilang roti supaya dpt mbekalkan makanan kpd pndudk palestine yg dalam kesusahan. kesusahan mereka jika dibandingkan dgn rakyat malaysia memang mcm langit dgn bumi. rakyat malaysia susah pun masih obesiti  sbb byk makanan. susah pon ramai yg beseronok tengok maharaja lawak  sampai xingat benda lain.

Sebagai orang islam yang perihatin kita berpeluang membantu palestine. Antaranya dgn menaja anak yatim palestin/menaja keluarga miskin palestin/derma pada projek kilang roti . projek2 ni disampaikan.

Bagi saya, kalau nak bayar zakat pada mereka pun boleh juga. Allah maha mengetahui niat kita. Ganjaran amalan ni mestilah syurga idaman. Sambil2 menderma tu berdoa lah banyak2 pada Allah supaya disucikan hati, jauhkan sifat tamak dan bongkak.

Ni no Maybank AQSA SYARIF BERHAD: 5515 7500 4299
 info lanjut tengok sini http://www.aqsasyarif.org.my/

Hari ni saya jadi ustazah. (dalam misi tambah pahala)

Marilah Berzakat


Ramai orang tau bayar zakat masa raya saja. tu zakat fitrah namenye. gaji yg kita dapat tiap2 bulan pun kene zakat juga. xkira banyak atau sikit kita kene byr 2.5%. kalau gaji 1000 kene byr  25 rengget. tp pusat zakat ada caculation sendiri. xtau camne sbb saya sbln kene 35rengget. bagi saya xbuat potongan gaji pon xpe. saya bagi direct je kat orang yg saya nk bagi. besenye 3 org dpt (35/3=10,10,15).  
Ni senarai asnaf ( org yg layak dpt zakat)
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
owh, anak yatim dan orang cacat xtermasuk rupanya.
personally, no 1,3, 5 dan 8 xrelevan kat malaysia ni. yg senang nk bg ialah mualaf dan fisabilillah. mualaf tu kalau org cina atau india masuk islam tu kira mualaf lah.

fisabilillah pula bagi saya student2 yg xdpt tajaan.yang belajar kat pondok2 pon kira fisabilillah. bagi saya.
no 6 (alGharimin) saya pun berhutang juga. saya layak dapat zakat. tp saya yakin dapat menyelesaikannya. so da jadi xlayak.

kawan saya yg dapat income ribu2 sehari mcm heran bila ada org bgtau dia saya bg zakat 10 rengget kt sorang mualaf. (xyah bayar kat pusat zakat ke?) bg saya di sekeliling saya ada org yang layak dpt zakat, so lagi senang saya bg je.(segan la pulak nak g pusat zakat bayar  ciput2 ni, kau duit ribu2, juta2 boleh la g). wlpon sikit, amalan berzakat ni dpt mendidik anak2 saya spy rajin besedekah dan menolong org. juga sentiasa ingatkan Allah.

Hari ni saya jd ustazah ( misi menambah pahala)

Wednesday, June 22, 2011

sanggul palsu rupanye

sesungguhnya saya ni ketinggalan fesyen. start perasan bila tengok classmate pakai tudung dengan sanggol tinggi. sempat gak tanya kat kwn lain (rambut betul ke tu? ) kawan tu pon jawab (xbetol lah) tapi x sangka pulak sebenarnya ada jual serkup kepala siap ada sanggul kat dalam. sampai begitu sekali pentingnya keindahan sanggul.

baru2 ni anak sedara tetinggal serkup tu dan sempat tanya kat adik (apa benda ni?) bila adik saya bgtau itu serkop sekali dgn sanggol memang tegelak sendiri. patutnya selalu tetanya mcmana la kemas dan sama je sanggol2 diorang ni. aku punya sanggol pulak selalu paking xcantik. senget dan herot pulak. tapi rasa mcm sampai hati nak guna sanggol palsu tu.perihatin betullah pereka serkop ni.

Wednesday, June 15, 2011

Smile



senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum lah dari hati, dunia mu berseri, senyum umpama titian dalam kehidupan, ku tersenyum kau tersenyum kemesraan menguntum.. senyum kepada semua, senyumanmu amatlah berharga, senyum membahagiakan dengan senyuman terjalinlah ikatan.

saya hari hari berus gigi. tapi xdapat gak gigi seputih ni. suka minum kopi melampauuu...ada orang bgtau boleh polish gigi RM 1000 dapat la gigi putih mcm siti nurhaliza. hingga lah...
so far bebaloi betul la pakai pearl drop ni. puas gosok dan sental pagi dan malam .. gigi saya semakin putih dan bersih. rasa konfiden je senyum.. mcm ni..

yang penting senyumanku ikhlas dari hati.. free je. tapi boleh dapat pahala.betul ke ni. 


 

Friday, June 3, 2011

visit to U.S. bukan U.S.A.

Globe ni mcm mercu tanda kat universal studio. semua org yang datang mesti nampak benda  ni dulu. US singapore dibuka pada bln May 2010. hanya lps setahun baru aku bepeluang datang. Nak cari US ni bukan susah. dengan public transport mcm bas atau train mrt boleh turun di Vivo city atau Harbour Front. bagi orang yang suka keluarkan peluh sambil besiar2 mcm aku ni jalan kaki je lalu board walk pegi sentosa island tu.naik train sentosa ekspress pun blh gak. naik cable car pon boleh tapi mahal nak pengsan jap. 26 dollar tuh.train ngan bas kat atas sentosa sume free je.

tiket masuk USS ni boleh tahan 72 dollar bersamaan RM176.40 sorang. itu peak day.paling murah 66 dollar. kalau tak peak. dibuka sepanjang hari dari pagi sampai malam. dalam tu sume ada. makan minum toilet semua bersih. semua crew USS pon mesra dan tolong orang punye. main roller coaster boleh. cyclone mcm kat genting tu pon ada. tengok rate dollarSin ni maknenye depe lg kaya than australia.

owh, awalnya sampai! selepas fajar menyingsing. xde orang tangkap gambar lagi. sepi lagi time ni. globe tu bepusing ikut arah jam. terletak di luar USS. so kalo xmasuk pon buleh tangkap gambar kat sini. orang kata jarang tempat ni xde orang.

konon2 merlyn monroe la ni. tapi gemuk kalah aku. apa saje la buat kenangan suka suka. gedik.

i like tiger. but this is a lion. nama pon singapore. mesti la mana mana ada king of the jungle ni. nak naik atas singa ni segan la pulak makcik. ni posing besopan santun santai.


Hello mr jason horkin. why u never open the door? ketuk lah seratus kali pon. xde orang kat dalam ni.

 Ancient Egypt. Lagi besar dari ni makcik da tengok time kat cairo dulu.ramai orang kat tempat ni. makcik dah lotih ni.

tinggi betul minah 2 org ni. ada cameraman volunteer tolong tangkap gambar. dorang ni belegar dengan kaki yang panjang. dulu keje kat sarkas kot.

owh, mr t-rex pon ada. jangan gadoh kat sini. xde sapa nak ambik telor kau.biasa2 je tempat ni. budak2 suka la. tapi mak budak pon nak tangkap gambar gak ya.


letih upload gambar kat sini. exciting la memang tempat ni. xyah g jauh2 kat amerika tu . sehari pon cukup kat dalam universal studio ni. pegi 2 hari  lagi cantik.pegi 3 hari boring. pegi 4 hari buang duit.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...